MARANG - Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali
menyifatkan tindakan kerajaan Terengganu akan menghentikan penghantaran
pelajar ke Mesir sebagai silap besar serta takutkan ‘bayang-bayang’
sendiri.
Katanya, polisi baru kerajaan Umno-BN itu menjadi suatu
kerugian dari sudut keilmuan yang diperolehi khususnya di Universiti
al-Azhar, Mesir.
Menurut Yahaya, Ahmad juga menghina sistem pendidikan pusat
pengajian negara itu yang memiliki universti al-Azhar, universiti tertua
di dunia yang terkenal hebat dari sudut keilmuannya.
“Kita
(PAS) rasa satu kesilapan besar dari sudut ilmu jika kerajaan Terengganu
membuat keputusan menghentikan penghantaran pelajar kita ke Mesir.
“Kenapa
takut dengan ‘bayang-bayang’ kononnya pelajar di Mesir terlibat dengan
politik pembangkang dan tidak bersama kerajaan (Umno-BN).
“Ini
bukan salah sistem (Al-Azhar) jika pelajar terlibat dengan politik
tetapi pendedahan dengan aktiviti berpersatuan dan ilmu membawa kepada
kebenaran dalam perjuangan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian
ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad
Said yang mengumumkan perkara tersebut pada 19 Disember lalu..
Ahmad
dipetik sebagai berkata sistem pendidikan di sesetengah pusat pengajian
negara itu menyebabkan ada pelajar dari negeri ini yang terkandas
pengajian mereka.
"Sistem pengajian di negara itu agak
'kucar-kacir' manakala sebilangan pelajar turut terheret dalam agenda
politik tertentu sehingga meminggirkan pelajaran mereka,'' katanya
kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Hadiah
Kecemerlangan Yayasan Terengganu (YT) kali ke-32 di Taman Tamadun Islam.
Ekoran
kenyataan Ahmad, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam)
turut mengumumkan akan menghantar semua pelajar tajaannya ke Jordan dan
tidak lagi ke Mesir, mulai tahun hadapan.
"Ini adalah dasar kerajaan dan kita kena ikutlah," kata Pegawai Eksekutif/Setiausaha Maidam Wan Harujan Sulaiman
Justeru
itu, kata Yahaya kerajaan perlu membuktikan berapa ramai pelajar yang
tidak lulus kerana berpolitik serta persatuan yang ditubuhkan bermotif
politik.
Menurutnya, kebiasaan pelajar yang aktif di luar negara lebih cemerlang dan berjaya dari yang tidak terlibat dengan persatuan.
“Ini
tidak harus berlaku dan kerajaan kena buktikan berapa ramai yang tidak
lulus. Mereka (pelajar) yang aktif lebih cemerlang dari mereka yang
tidak terlibat dengan persatuan,” ujarnya.
Beliau selaku Yang
Dipertua PAS Marang menyarankan kerajaan tidak menyekat bantuan serta
kemudahan para pelajar yang ingin belajar di Mesir.
Katanya, PAS sangat tidak bersetuju jika kerana kepentingan politik Umno-BN masa depan pelajar menjadi taruhan.- Buletn Online
No comments:
Post a Comment