Friday 30 December 2011

Lawatan Khidmat ke Kampung Bukit Murai

MARANG - Kampung Bukit Murai, walaupun terletak di Mukim Merchang dalam Parlimen Marang dan DUN Pengkalan Berangan, namun tidak ada jalan akses ke kamung tersebut dari daerah Marang.

Penduduk dan orang ramai yang berhajat ke kampung itu, terpaksa melalui Kampung Tok Kah di Dungun sebelum sampai ke Kampung tersebut.

(Gambar kanan - Haji yahaya Ali menyampaikan ucapan kepada penduduk kampung Bukit Murai)

Thursday 29 December 2011

Siap Menghadapi PRU13; Muslimat Guna facebook, twitter


KUALA TERENGGANU - Jentera  pilihanraya muslimat mesti melakukan persiapan terbaik dalam menghadapi PRU 13 yang sangat hampir.

Demikian ditegaskan oleh Haji Yahaya Ali, (Gambar paling kiri)  Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu sewaktu merasmikan program diskusi penceramah muslimat bersama mentor di Markas Tarbiyyah , Kuala Terengganu.

Friday 23 December 2011

Henti penghantaran pelajar ke Mesir Satu kesilapan besar

MARANG - Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali menyifatkan tindakan kerajaan Terengganu akan menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir sebagai silap besar serta takutkan ‘bayang-bayang’ sendiri.

Katanya, polisi baru kerajaan Umno-BN itu menjadi suatu kerugian dari sudut keilmuan yang diperolehi  khususnya di Universiti al-Azhar, Mesir.

Menurut Yahaya, Ahmad juga menghina sistem pendidikan pusat pengajian negara itu yang memiliki universti al-Azhar, universiti tertua di dunia yang terkenal hebat dari sudut keilmuannya.

“Kita (PAS) rasa satu kesilapan besar dari sudut ilmu jika kerajaan Terengganu membuat keputusan menghentikan penghantaran pelajar kita ke Mesir.

Monday 19 December 2011

Menjelang PRU-13; Jangan beri ruang langsung kepada Umno/BN

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengingatkan semua ahli dan penyokong supaya jangan memberi ruang langsung kepada Umno dan Barisan Nasional memecah belahkan perpaduan menjelang Pilihanraya Umum yang semakin hampir.

Setiausahanya, Haji Yahaya Ali berkata, semua pihak mestilah berhati-hati dengan permainan ‘media musuh’ terutamanya apabila mereka membuka ruang yang agak luar biasa.

Sunday 11 December 2011

Pengukuhan Kelab Veteran PAS Terengganu


Pertemuan dengan Kelab Veteran PAS (KVP) iaitu aktivis-aktivis PAS yang merupakan 'orang lama' di sebuah hotel kelmarin, yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPNT) adalah sangat menyeronokkan.

Mereka ini walaupun sebahagian besarnya berusia tahun 60 tahun ke atas masih sanggup berpapah untuk meraikan program tersebut. Sekadar menyebutkan beberapa nama, Ayah Su Ustaz Haji Awang Dagang (76 tahun) dari Kemaman, bekas exco dan Mak Su Hajjah Fatimah (85 tahun) dari Marang, bekas isteri Menteri Besar, al-Marhum Daud Samad turut hadir.

Saturday 26 November 2011

PAS mahu pemuda Islam cergas dan cemerlang

MARANG - PAS mahu melihat para pemuda Islam disemua peringkat dalam zaman mudanya menjadi aktif dan seimbang dalam semua kegiatan hidup.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, Nabi SAW bersabda badan setiap orang itu haknya, yang menuntut kepada latihan dan kecergasan.

Belliau menfikan tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS tidak menggalakkan sukan dan permainan.

Thursday 10 November 2011

Ucapan selaku Yang DiPertua PAS Marang

Penubuhan PASAK

Penubuhan Kelab Kembara Pacuan 4 Roda (PASAK) Kawasan Marang oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS selepas kuliah pagi jumaat tadi membuka satu lembaran baru.

Tok Guru sendiri nampak bersemangat, lengkap berpakaian sesuai dengan majlis (berseluar panjang) bagi meraikan penubuhan PASAK ini. Beliau memberi semangat kepada ahli-ahli kelab dan hadirin betapa pentingnya mencontohi sunnah RasuluLlah SAW yang tangkas menunggang kuda sewaktu perang yang menjadi kenderaan utama pada waktu itu. RasuluLlah juga menurut beliau, berpesan supaya umat Islam mahir memanah dan berenang.

Majlis Pelancaran PASAK - Kelab Pacuan Empat Roda PAS Marang





Monday 10 October 2011

Ucapan pada Ijtimak PAS Besut

Kita hendak hadap pilihan raya yang akan datang ini dalam keadaan yang bersedia sungguh. Kita hendak jadikan pilihan raya kali ini sebagai pilihan raya yang terbaik dari sudut penyertaan kita, penglibatan kita, kerja keras kita supaya apa yang menjadi cita-cita bersama kita yang kita hendak tawan (Operasi Tawan Besut) 4+1, Insya’Allah akan menjadi kenyataan.

Seterusnya, kemenangan kita di Besut ini akan membantu PAS Terengganu untuk kita tawan negeri Terengganu. Dan kemenangan di Terengganu juga membantu kita untuk kita menyumbangkan kepada kemenangan kita untuk menawan Putrajaya, Insya’Allah.

Ini bukan ‘angan-angan’ atau ‘cakap-cakap kosong’ tapi ini merupakan suatu perkara yang menjadi perbincangan, yang menjadi suatu gerakan yang ada di mana-mana sekarang ini. Orang bercakap inilah peluang terbaik Pakatan Rakyat termasuklah PAS kita ini untuk membuat satu sejarah bagi suatu kemenangan yang gemilang dalam pilihan raya yang akan datang ini.

Sunday 18 September 2011

Konvokesyen KUDQI Ke-9, 2011

Menghadiri majlis konvokesyen Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) kali ke 9 di Kubang Lembik hari ini (17 September)  penuh dengan perasaan yang bercampur-baur. Mewakili Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) dalam majlis tersebut, saya merasa kagum dengan kejayaan 55 orang lepasan diploma pengajian agama dalam pelbagai bidang. Kebanyakan daripada mereka akan menyambung pengajian di peringkat ijazah samada dalam atau luar negeri. Tetapi lebih mengkagumkan sudah tentu usaha gigih dan pengorbanan pihak pentadbiran dan para pensyarah dan semua pihak terlibat yang terus membina dan  mempertahankan institusi pengajian tinggi (IPT) ini walaupun tanpa bantuan pihak yang berwajib.

Thursday 25 August 2011

Libya dalam cabaran!

Berdasarkan sumber berita barat ( walapun CNN, BBC, reuter dll diragui dan penuh propaganda) tetapi yang jelas pihak pejuang (di sebut rebels atau pemberontak) semakin dekat mencapai kemenangan sejak kebangkitan  rakyat Libya menentang pemerentahan Muammar Gaddafi bermula bulan mac tahun ini. Sumber berita tersebut menyatakan mereka telah menembusi kubu kuat Gaddafi di kompleks Bab al-Aziziya yang menjadi ibu pejabat pentadbirannya  dan sedang berusaha menawan kubu terakhir di bandar dan kampung halamannya di Sirte. Walau bagaimanapun mereka juga tidak menafikan pertempuran antara kedua belah umat Islam ini terus berlaku termasuk di kawasan dan bandar yang dikuasai oleh golongan pejuang. Walaupun Gaddafi semakin berundur, tetapi tiada siapa yang tahu di mana beliau berada setakat ini. Ada kebimbangan Gaddafi yang terkenal ganas, sanggup melakukan apa saja termasuk menggunakan senjata kimia atau biologi sebagai senjata terakhirnya.

Monday 15 August 2011

Sidang media isu Jais-Gereja

Saya diminta oleh Dato' Setiausaha Agung (bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu) Dato' Mustafa Ali bersama beliau dan YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya baru dalam sidang akhbar tengahari tadi.

Pendedahan yang dibuat oleh Dato Setiausaha Agung ada orang dalam dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri menjadi 'remote control' UMNO menimbulkan tanda tanya. Bagaimana sebuah jabatan sepenting JAIS bertindak dahulu menyerbu gereja tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak kerajaan seperti Menteri Besar atau Exco yang bertanggungjawab.

Saturday 6 August 2011

Program Jelajah Bazar Ramadhan diteruskan

 MARANG - Kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu meneruskan jelajah Bazar Ramadhan pada Jumaat, 5 Ogos.

Setelah ke Bazar Ramadhan Batu Enam Kuala Nerus dan Pasar Chabang Tiga, Yang DiPertua PAS Marang Haji Yahaya Ali yang juga Setiausaha Perhubungan turun ke Bazar Ramadhan bersempena majlis tazkirah dan Iftar di Masjid Pengadang Baru.

Bersama dalam rombongan tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak.

Monday 25 July 2011

Lawatan PAS Marang ke Kemboja

Pada 20 julai 2011 jam 6 ptg, rombongan Pas Kawasan Marang yg diketuai oleh YDP Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali telah mengadakan lawatan ke Kemboja.

Antara lain mereka telah melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan seperti jamuan kenduri ( 2 ekor lembu ), sumbangan pakaian dan wang kepada umat Islam di kampung Angkoban yg rata-ratanya miskin.