Baru-baru
ini saya turut hadir majlis makan malam bersama Dato Seri Tuan Guru (DSTG)
Presiden bagi meraikan masyarakat Tionghua di sebuah restoran di bandar Kuala
Terengganu sempena sambutan tahun baru Cina.
Selain
ucapan dari pimpinan politik masyarakat Cina, saya cukup teruja dengan ucapan
dan amanat khas DSTG Presiden yang pada saya menarik perhatian masyarakat Cina
yang memenuhi seluruh ruang restoran. Saya dapat merasakan ucapan tersebut
menyentuh hati mereka, apabila beliau menerangkan asal usul kejadian manusia,
bagaimana Allah mencipta manusia dari pelbagai bangsa untuk berkenal-kenalan
dan masing-masing mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk dimanfaatkan.