Baru-baru
ini saya turut hadir majlis makan malam bersama Dato Seri Tuan Guru (DSTG)
Presiden bagi meraikan masyarakat Tionghua di sebuah restoran di bandar Kuala
Terengganu sempena sambutan tahun baru Cina.
Selain
ucapan dari pimpinan politik masyarakat Cina, saya cukup teruja dengan ucapan
dan amanat khas DSTG Presiden yang pada saya menarik perhatian masyarakat Cina
yang memenuhi seluruh ruang restoran. Saya dapat merasakan ucapan tersebut
menyentuh hati mereka, apabila beliau menerangkan asal usul kejadian manusia,
bagaimana Allah mencipta manusia dari pelbagai bangsa untuk berkenal-kenalan
dan masing-masing mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk dimanfaatkan.
Perbedaan
kaum dan agama menurut beliau tidak seharusnya menjadi penghalang kepada
sesebuah masyarakat untuk bersatu bagi membina sebuah negara yang maju dan
kuat. Berjuang hanya berdasarkan kepada kaum semata-mata tidak boleh menyatukan
sesebuah masyarakat, bahkan menimbulkan banyak persengketaan. Ikatan hubungan
kemanusiaan mesti dipereratkan di samping masing-masing kaum menjaga hati dan
perasaan kaum yang lain.
Beliau
menerangkan bagaimana Islam sampai lebih jauh awal di negara Cina berbanding
dengan Tanah Melayu. Bahkan dari segi sejarah, orang Islam pernah menjadi
pembesar dan panglima perang yang berkhidmat dengan cemerlang terutama di zaman
kerajaan Dinasti Ming. Dengan umat Islam yang begitu ramai, sudah melebihi 150
juta di negara Cina sekarang, tidak ada sebab mengapa PAS tidak boleh bekerjasama
dengan lebih mantap dengan masyarakat Cina di Malaysia.
Mengikut
ajaran Islam katanya, " Asas pembinaan sesebuah masyarakat yang baik ialah
keadilan". Dan inilah yang menjadi sebab mengapa PAS boleh bekerjasama
dengan DAP dan PKR untuk sama-sama menegakkan keadilan dalam masyarakat. Islam
menurut beliau mengajar PAS supaya berpolitik dengan jujur dan mempastikan
kekayaan negara tidak berlegar di kalangan golongan tertentu.
Kata-kata
DSTG Presiden memang ada asas dan kebenarannya. Saya masih ingat sewaktu
bersama dengan pimpinan kerajaan PAS (1999 - 2004), DSTG Presiden selaku
Menteri Besar pada waktu itu telah mengotakan janjinya. Banyak kepentingan
masyarakat Cina yang diabaikan UMNO/BN telah ditunaikan, di antara lainnya :
a)
Melantik Ng Chai Heng (Pengerusi DAP sekarang) sebagai pegawai khas Menteri
Besar bagi menjadi penghubung dengan masyarakat Cina
b)
Memberi hak milik tanah kepada kaum Cina yang telah lama bermastautin di sini
seperti di Bukit Berangan, Kuala Nerus
c)
Menyediakan kawasan perkuburan untuk masyarakat Cina seperti di Pekan Wakaf
Tapai, Marang
d)
Meluluskan tanah untuk tempat rumah mayat di Cukai, Kemaman
e)
Memberi bantuan termasuk komputer kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina
f)
Menghapuskan cukai pintu gerbang dan mengembalikan nama jalan kampung Cina dari
jalan bandar
Masyarakat
Cina di Terengganu mesti membuat anjakan paradigma sebagaimana gelombang yang
berlaku di kalangan kawan-kawan mereka di pantai barat sehingga berlaku tsunami
politik pada PRU 12 (2008). Keputusan pilihanraya kecil parlimen Kuala
Terengganu pada tahun 2009 menunjukkan sikap pengundi Cina di sini tidak banyak
berubah, iatu masih bergantung dan menaruh harapan kepada UMNO/BN.
PAS
menawarkan sebuah pemerintahan yang adil, yang gagal diberikan oleh UMNO/BN
termasuk kepada masyarakat Cina. Sebagai satu contoh kezaliman, mereka sanggup
merampas balik tanah tempat rumah mayat di Cukai, Kemaman yang telah diluluskan
sewaktu PAS berkuasa dahulu. Sikap perkauman (racist) UMNO/BN mesti
diterjemahkan dalam bentuk tindakan. PRU 13 dilihat sebagai waktu terbaik untuk
menumbangkan UMNO/BN. Sekurang-kurangnya dalam konteks Terengganu, PAS
mempunyai 'track record' sewaktu memerintah dahulu walaupun hanya untuk tempuh
satu penggal sahaja.
No comments:
Post a Comment