MARANG
- PAS Terengganu menyifatkan keputusan PAS Pusat memecat bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali, dibuat dengan penuh
pertimbangan dan kebijaksanaan.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS
Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, keputusan tersebut dibuat dengan
meletakkan kepentingan parti dan perjuangan mengatasi kepentingan
individu.
“PAS Terengganu meletakkan kepercayaan, keputusan PAS Pusat
memecat Dato' Hassan Ali sebagai ahli PAS dibuat dengan penuh
pertimbangan dan kebijaksanaan,
“yang penting setiap keputusan
yang dibuat atas nama perjuangan Islam, mestilah meletakkan kepentingan
parti dan perjuangan mengatasi kepentingan individu,”ujarya ketika
dihubungi.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Marang
berkata, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi perjuangan mesti
diteruskan dan mara kehadapan .
Beliau yang enggan memberi komen
lanjut sebab-sebab pemecatan itu mengharapkan semua pihak harus
memberikan tumpuan kepada kerja-kerja pilihanraya.
“saya mengharapkan semua pihak harus memberikan tumpuan kepada kerja-kerja membina keyakinan rakyat,
“membuat
perubahan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan UMNO dan
Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan dating,”tegasnya
Menurutnya, sebarang isu yang boleh melemahkan kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat, mestilah dielakkan.
"Dalam
suasana PRU 13 yang semakin dekat, kita tidak boleh beri ruang kepada
pihak lawan kita untuk mengeksploitasi apa saja isu,
“yang boleh melemahkan kita dan menghilangkan fokus kita untuk menang dalam pilihanraya kali ini ", tambahnya.
No comments:
Post a Comment