Monday 15 August 2011

Sidang media isu Jais-Gereja

Saya diminta oleh Dato' Setiausaha Agung (bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu) Dato' Mustafa Ali bersama beliau dan YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya baru dalam sidang akhbar tengahari tadi.

Pendedahan yang dibuat oleh Dato Setiausaha Agung ada orang dalam dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri menjadi 'remote control' UMNO menimbulkan tanda tanya. Bagaimana sebuah jabatan sepenting JAIS bertindak dahulu menyerbu gereja tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak kerajaan seperti Menteri Besar atau Exco yang bertanggungjawab.


Saya tidak berminat untuk menyambung polimik berkait dengan rasional tindakan JAIS yang dianggap sebagai isu yang sensitif. Kita menunggu sahaja hasil kebijaksanaan pimpinan memutuskan untuk berjumpa sendiri kedua belah pihak - JAIS dan gereja. Yang jelas UMNO mengambil kesempatan isu ini bagi menggambarkan kelemahan pentadbiran pihak kerajaan negeri dan merekalah sebagai juara bagi menarik sokongan orang Melayu.


Saya teringat semasa bersama kawan-kawan dalam kerajaan PAS dahulu berkait dengan isu 'Ayah Pin' pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) melapor dan menunggu arahan pimpinan sebelum bertindak. Ini adalah amalan biasa. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan sikap keterbukaan pimpinan kerajaan pada waktu itu juga diambil kesempatan oleh segelintir pegawai-pegawai kerajaan yang memihak kepada UMNO dalam isu-isu tertentu.

Sebagai contoh sewaktu kerajaan menghadapi ujian 'rompakan royalti minyak' di mana hampir 80 peratus hasil kerajaan negeri hilang dan kerajaan terpaksa memperketatkan perbelanjaan, ada pegawai-pegawai yang bertindak menggambarkan kepada rakyat, kerajaan pada waktu itu sudah lemah dan rakyat akan ditimpa kerugian jika terus menyokong. Tetapi terbukti pentadbiran kerajaan berjalan lancar seperti biasa.

No comments:

Post a Comment