Thursday 10 November 2011

Ucapan selaku Yang DiPertua PAS Marang

Penubuhan PASAK

Penubuhan Kelab Kembara Pacuan 4 Roda (PASAK) Kawasan Marang oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS selepas kuliah pagi jumaat tadi membuka satu lembaran baru.

Tok Guru sendiri nampak bersemangat, lengkap berpakaian sesuai dengan majlis (berseluar panjang) bagi meraikan penubuhan PASAK ini. Beliau memberi semangat kepada ahli-ahli kelab dan hadirin betapa pentingnya mencontohi sunnah RasuluLlah SAW yang tangkas menunggang kuda sewaktu perang yang menjadi kenderaan utama pada waktu itu. RasuluLlah juga menurut beliau, berpesan supaya umat Islam mahir memanah dan berenang.



Memetik maksud ayat al-Quran Tok Guru mahu ahli-ahli PAS membuat persediaan dan persiapan dalam segala bidang, fokus dan menguasai segala kemahiran yang boleh memperkuatkan umat Islam. Beliau juga berharap aspek-aspek kebajikan dalam program kelab ini sentiasa diutamakan selain penekanan dalam soal disiplin.

Turut berucap YDP Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali yang menyeru supaya ahli-ahli bukan saja menumpukan bidang tarbiyyah yang dikaitkan dengan pengajian ilmu, usrah dan tamrin semata-mata. Tetapi aspek tarbiyyah jasmaniah bagi melahirkan ahli-ahli yang lasak dan tahan uji perlu diperkukuhkan.

Beliau mahu penubuhan PASAK ini akan membuka jalan dakwah lebih ramai lagi anggota masyarakat terutama golongan pemuda dapat bersama-sama dengan PAS. Biar mereka merasakan PAS sebagai parti yang mesra, mudah didekati dalam suasana santai.

No comments:

Post a Comment