Thursday 25 August 2011

Libya dalam cabaran!

Berdasarkan sumber berita barat ( walapun CNN, BBC, reuter dll diragui dan penuh propaganda) tetapi yang jelas pihak pejuang (di sebut rebels atau pemberontak) semakin dekat mencapai kemenangan sejak kebangkitan  rakyat Libya menentang pemerentahan Muammar Gaddafi bermula bulan mac tahun ini. Sumber berita tersebut menyatakan mereka telah menembusi kubu kuat Gaddafi di kompleks Bab al-Aziziya yang menjadi ibu pejabat pentadbirannya  dan sedang berusaha menawan kubu terakhir di bandar dan kampung halamannya di Sirte. Walau bagaimanapun mereka juga tidak menafikan pertempuran antara kedua belah umat Islam ini terus berlaku termasuk di kawasan dan bandar yang dikuasai oleh golongan pejuang. Walaupun Gaddafi semakin berundur, tetapi tiada siapa yang tahu di mana beliau berada setakat ini. Ada kebimbangan Gaddafi yang terkenal ganas, sanggup melakukan apa saja termasuk menggunakan senjata kimia atau biologi sebagai senjata terakhirnya.

Monday 15 August 2011

Sidang media isu Jais-Gereja

Saya diminta oleh Dato' Setiausaha Agung (bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu) Dato' Mustafa Ali bersama beliau dan YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya baru dalam sidang akhbar tengahari tadi.

Pendedahan yang dibuat oleh Dato Setiausaha Agung ada orang dalam dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri menjadi 'remote control' UMNO menimbulkan tanda tanya. Bagaimana sebuah jabatan sepenting JAIS bertindak dahulu menyerbu gereja tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak kerajaan seperti Menteri Besar atau Exco yang bertanggungjawab.

Saturday 6 August 2011

Program Jelajah Bazar Ramadhan diteruskan

 MARANG - Kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu meneruskan jelajah Bazar Ramadhan pada Jumaat, 5 Ogos.

Setelah ke Bazar Ramadhan Batu Enam Kuala Nerus dan Pasar Chabang Tiga, Yang DiPertua PAS Marang Haji Yahaya Ali yang juga Setiausaha Perhubungan turun ke Bazar Ramadhan bersempena majlis tazkirah dan Iftar di Masjid Pengadang Baru.

Bersama dalam rombongan tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak.